|
|
||
|
Ajukan segala persoalan tentang solekan di fikiran anda! Sue akan mencuba untuk menjawab dengan sebaik mungkin =) |
||
|
Nama: Siti Nazifa a.k.a Cipi Lokasi: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Masalah: Inginkan cadangan maskara yang bagus supaya dapat memiliki bulu mata yang lebat tanpa perlu menggunakan bulu mata palsu. Sue, saya ingin memiliki bulu mata yang lebat tanpa perlu menggunakan bulu mata palsu. Tolong cadangkan beberapa jenis maskara yang Sue yakin akan keberkesanannya. Terima kasih! Assalamualaikum WBT Cipi =) Ya bulu mata yang lebat dan cantik mampu mengubah penampilan mata. Daripada kelihatan tidak bermaya dan membosankan berubah kepada mata yang besar, cantik dan WOW! :p Mata merupakan jendela kepada jiwa, jadi tidak keterlaluan untuk Sue katakan yang kita mampu memikat sesiapa sahaja dengan pandangan mata yang menawan. Cuba fikirkan tentang wanita Timur Tengah yang menutup aurat mereka bukan sahaja dengan bertudung tetapi mengenakan purdah di mana cuma mata mereka sahaja yang kelihatan, namun kecantikan mata mereka yang indah penuh misteri akan membuatkan kita teringat-ingat akan kecantikan mereka. Menjawab soalan ini juga mengingatkan Sue tentang pengalaman Sue sewaktu berada di Osaka, Jepun ketika berusia 16 tahun. Sewaktu Sue ke tandas awam di sana, Sue terlihat beberapa gadis sedang memperbaiki atau sedang touch up solekan mereka. Pemandangan yang sinonim di Malaysia ialah apabila wanita akan mengenakan semula bedak asas kerana cuaca yang panas dan lembap dah pastinya pemakaian semula gincu atau pengilat bibir. Perkara yang mengejutkan Sue bila di Osaka ialah apabila Sue melihat beberapa wanita dan gadis-gadis Jepun mengeluarkan maskara dari tas tangan mereka dan mengenakan semula beberapa lapisan baru maskara. Mereka bukan sahaja membawa maskara tetapi juga pelentik bulu mata ataua eyelash curlers! Jadi ini membuktikan betapa ia merupakan suatu kepentingan kepada wanita untuk memiliki sepasang mata yang besar, cantik dan ini juga menunjukkan yang dengan memiliki bulu mata yang lebat, mata akan kelihatan lebih besar, lebih terbentuk dan pastinya lebih cantik. Namun sudah tentu akan menjadi perkara yang melecehkan dan tidak digalakkan untuk memakan bulu mata palsu setiap hari. Sue sendiri tidak akan mengenakan bulu mata palsu walaupun untuk menghadiri majlis-majlis penting melainkan jika Sue BENAR-BENAR BERASA TERINGIN untuk memakainya. Walaubagaimanapun, untuk menggantikan kuasa bulu mata palsu, penggunaan maskara ialah DIWAJIBKAN. Terdapat pelbagai jenama yang bagus untuk maskara di pasaran sebenarnya. Jenama-jenama yang akan Sue sebutkan merupakan jenama yang Sue gunakan atau pernah mencubanya jadi Sue cuma akan mencadangkan berdasarkan pengalaman Sue, jadi diharap anda tidak akan berfikir sebarang jenama yang tidak disebut tidak berkesan ok :) Jenama yang sangat berpatutan harganya yang sentiasa Sue gunakan sehingga kini pastinya dari syarikat yang telah menjadikan Sue jurusolek hari ini daripada tidak memiliki sebarang ilmu sebagai jurusolek, pastinya Maybelline! :p Maskara Maybelline bukan sahaja merupakan maskara yang paling laris di Amerika, tetapi sememangnya jenama ini layak untuk menjuarai kedudukan jualan memandangkan ia bukan sahaja mampu dimiliki tetapi juga memberikan kesan yang hebat dan juga tahan lama. Untuk pengetahuan anda, produk pertama Maybelline merupakan maskara apabila abang kepada Maybelline telah merekacipta maskara untuk menyerlahkan kecantikan mata si adik. Hasilnya memukau dan seperti yang telah dinyatakan dalam sejarah, Maybelline berjaya memikat lelaki yang diidamkannya dan mereka akhirnya berkahwin. Jika kisah ini benar, maka selalulah ingat tentang kuasa sepasang mata yang cantik dan memukau :) Berbalik kepada maskara dari Maybelline, untuk melebatkan bulu mata, Sue sangat mengesyorkan untuk menggunakan Volum' Express Turbo Boost. Sue merupakan pengguna setia maskara ini, ia menduduki kedudukan #1 untuk maskara paling Sue gemari sejak hari pertama Sue menerima barangan solekan dari Maybelline. Walaubagaimanapun kita haruslah menjadi kreatif di dalam solekan kerana ia merupakan suatu seni. Seperti mana yang Sue lakukan, Sue selalu menggunakan maskara yang memberi kesan memanjangkan setelah menggunakan jenis untuk melebatkan bulu mata. Jenis yang Sue gemari ialah maskara yang dibeli oleh ayah Sue di Amerika Syarikat, maskara di dalam tiub hijau neon bernama Define-A-Lash juga dari Maybelline yang masih tidak dipasarkan di Malaysia. Namun maskara lain yang seumpama dengannya masih berkesan. Untuk kesukaan peribadi, Sue lebih cenderung menggunakan maskara kalis air kerana ia lebih tahan lama dan kesannya juga kuat. Antara jenama maskara yang tidak kurang hebatnya, Sue telah mencuba Bad Gal dari Benefit tetapi semestinya harganya lebih mahal iaitu lebih kurang RM 90 untuk satu tiub. Maskara dari Christian Dior yang digunakan Ummi (ibu Sue) juga bagus namun sekarang Ummi sendiri menyukai maskara Maybelline! :p Jenama lain yang sangat mengagumkan ialah Fasio kerana ia berasal dari Jepun (ingat lagi Sue ceritakan tadi tentang bagaimana gadis-gadis di Jepun menggilai mata yang besar jadi tidak silap maskara Fasio merupakan maskara yang paling laris di Jepun). Kesannya sangat mengujakan kerana ia benar-benar akan memberi ilusi bulu mata yang sangat lebat dan anda akan berasa seperti watak Anime Jepun yang Kawaii (comel)! Namun memandangkan kesannya terlalu kuat, ia merupakan hal yang sangat sukar untuk mencuci maskara ini. Mereka menawarkan pembersih solekan yang khas namun Sue lebih menyukai penggunaan minyak zaitun apabila ingan membersihkan solekan yang tebal. Berkenaan maskara Loreal pula, daripada pengalaman Sue menggunakannya, ya maskaranya mampu melebatkan bulu mata namun Sue tidak begitu menggalakkan kerana maskaranya begitu mudah kering dan penggunaan seterusnya akan menjadikan maskara agak berketul-ketul. Apa pun, jangan jadikan tabiat untuk mengeluarkan dan memasukkan berulang kali batang maskara ke dalam tiubnya kerana ini akan mendedahkan maskara dengan lebih banyak udara, menjadikan maskara anda akan lebih cepat mengering dan ini akan menjadikan maskara anda tidak berguna lagi sebelum anda habis menggunakannya. Selain itu, ia menjadi suatu kemestian untuk mengenakan beberapa lapisan maskara, lebih-lebih lagi bagi mereka yang agak kurang bulu matanya. Sangat digalakkan, seperti yang dilakukan Sue untuk diri sendiri, sebelum mengenakan maskara, lentikkan dulu bulu mata menggunakan pelentik bulu mata, pastinya jenama terbaik yang akan Sue cadangkan ialah dari Shu Uemura di mana pelentik bulu mata mereka merupakan produk mereka yang paling terkenal. Jika Sue tidak silap, harganya kini lebih kurang dalam RM 60 ke atas. Harap kini anda mampu bergembira menggunakan maskara! =)
|
||
|
Nama: Sarah Lokasi: Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Masalah: Wajah mudah berpeluh walaupun apabila mengenakan solekan. Hi suraya, Wajah saya
mudah berpeluh walaupun apabila mengenakan solekan. Adakah apa-apa
penyelesaian bagi masalah saya ini? Assalamualaikum WBT Sarah, Wah Sue gembira sekali mengetahui yang Sarah juga dari UIA! Sue masih merupakan seorang penuntut undang-undang di Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws (AIKOL). Pastinya Sue juga senang dapat mengenali Sarah juga. =) Berkenaan soalan anda, agak sukar juga untuk Sue menjawabnya memandangkan Sue sendiri tidak pasti sama ada ada atau tidak penyelesaian yang tepat. Ya, Sue juga tidak terkecuali daripada mengalami masalah ini terutama sekali jikalau Sue melalui hari yang panjang di kampus, bergerak dari satu kuliah ke kuliah yang lain dan terpaksa meredah terik matahari. Sebagai rakyat Malaysia bagaimana untuk kita merungut? :p Sebenarnya Sue sudah pun menjawab tentang masalah wajah cepat berpeluh di mana ia mengakibatkan solekan menjadi bertompok-tompok sebelum ini, namun Sue menjawab soalan anda kerana Sue faham anda mahu mengetahui cara-cara supaya wajah anda berhenti daripada terlalu kerap berpeluh. Jawapan Sue lebih kurang sama dengan yang sebelum ini namun mungkin terdapat sedikit perbezaan. Pertama sekali, Sarah mestilah mengamalkan amalan ini. Ambil beberapa kiub ais dan sapu pada wajah sebelum mengenakan solekan. Sebabnya kerana kesejukan kiub ais akan mengecilkan liang roma pada wajah. Sue sekali-sekala melakukannya juga dan ya wajah akan berasa sejuk, maka wajah akan menjadi tidak terlalu mudah dan cepat untuk berpeluh. Ia juga merupakan petua supaya solekan akan menjadi lebih tahan lama. Ummi Sue pernah memberitahu Sue tentang petua ini yang dia perolehi dari seorang jurusolek suatu masa dahulu. Sue juga pernah terbaca tentang seorang pelakon Bollywood yang mengamalkan petua yang sama iaitu dengan menyapukan 8-10 kiub ais pada wajahnya setiap kali sebelum bersolek supaya solekan menjadi tahan lama. Haha pada pendapat Sue 8-10 kiub ais itu agak keterlaluan tetapi Sue menyarankan 2-3 kiub ais sudah memadai. Selain itu berdasarkan amalan peribadi Sue, Sue selalu mengingatkan diri untuk membawa tisu dan kertas penyerap minyak (oil blotters atau oil remover film) di dalam tas tangan Sue. Apabila kita dapat pergi ke tandas, tekap peluh (kata kunci di sini ialah tekap bukan sapu bagi mengelakkan peluh mencomotkan lagi wajah) dengan tisu. Wajah yang berpeluh selalunya berminyak juga, jadi setelah menekap dengan Whenever we go to the restroom, dab the sweat (the keyword is dab not wipe to avoid the wetness from smearing) with the tissues. A sweating face is usually oily as well, so after dabbing with tissues, tekap wajah anda terutamanya bahagian Zon-T (dahi dan juga batang hidung di mana ia merupakan kawasan paling berminyak) dengan kertas penyerap minyak. Johnson’s & Johnson’s mempunyai oil remover film yang paling sinonim dengan kebanyakan orang, yang licin dan berwarna biru. Untuk kegunaan peribadi diri, Sue lebih selesa dengan kertas penyerap minyak yang biasa yang merupakan kertas yang sangat tipis (yang terasa sedikit berbedak kepada Sue). Tidak ada perbezaan sebenarnya, cuma Sue lebih menyukai yang ini. Berbalik kepada tisu, ia khusus bagi anda yang berpeluh, namun jika ia hanya masalah kulit berminyak, memadai dengan menekap wajah menggunakan kertas penyerap minyak. Selain itu, satu barang yang Sue selalu pastikan ada di dalam beg Sue ialah semburan pelembap wajah dari Evian yang menyegar dan melembapkan. Sila rujuk tentang kegunaan semburan pelembap wajah yang telah Sue jelaskan dalam soalan tip solekan sebelum ini (Sue dapat rasakan yang soalan-soalan akan datang mungkin akan mempunyai jawapan yang hampir sama dan diulang memandangkan ia semua relevan dan berkaitan). Semburan yang paling Sue gemari ialah tin bersaiz 50 ml dari Evian sebab ia kecil dan ringan untuk dibawa ke mana-mana. Ia berharga sekitar RM 17++ dan untuk tin yang lebih besar (yang Sue simpan di dalam peti alat solek Sue) ialah yang bersaiz 150 ml yang berharga sekitar RM 38++. Sue selalu menggunakannya pada diri sendiri dan pelanggan-pelanggan sebagai perkara pertama yang akan Sue lakukan sebelum mengenakan solekan. Anda boleh membelinya dari farmasi-farmasi seperti Guardian & Caring Pharmacy (sayangnya Watson’s tidak menjual jenama ini). Anda juga mungkin berfikir tentang logiknya menyembur pelembap pada wajah apabila wajah yang sudah sedia berpeluh. Namun pada pendapat Sue yang peluh memerangkap habuk dan bakteria, jadi setelah menekap wajah dengan tisu dan kertas penyerap minyak, berbanding dengan membasuh muka dengan air memandangkan anda sudah berasa tidak selesa dengan keadaan berpeluh tapi wajib diingat dengan membasuh muka ketika wajah berpeluh dan berasa panas akan mengakibatkan panau pada wajah. Maka semburan pelembap ini akan memberi kesegaran segera dan rasa bersih pada wajah tanpa merosakkan solekan. Ya wajah akan berasa basah untuk seketika tetapi ia akan kering dalam masa yang singkat. Paling penting ia akan memberi kelembapan yang bersih kepada wajah dan ya ia merupakan ibarat quick touch up bagi solekan kerana ia akan menyamaratakan bedak asas dan bedak. Juga jangan dilupa, pastikan anda melakukan touch up pada solekan dengan mennekap sedikit bedak asas (jika anda menggunakan bedak asas dwi-cara, bukan cecair) atau jika anda menggunakan jenis cecair, tekap ia bersama dengan bedak yang anda gunakan. Ia boleh dilakukan sebelum atau selepas menyembur semburan pelembap pada wajah. Sue harap jawapan Sue akan membantu Sarah. =)
|
||
|
Nama: Shasa Aziz Lokasi: London, United Kingdom. Masalah: Cara-cara yang lebih mudah untuk membersihkan dan mengenakan solekan semula sebelum dan selepas menyempurnakan wudhu'. Assalamualaikum Suraya, Saya rasa setakat ini sahaja buat masa ini. Terima kasih. Salam Waalaikumussalam WBT Shasa, Sue senang sekali mendapat soalan daripada seseorang di UK :) Terima kasih untuk soalan anda yang menarik dan cukup relevan bagi kita Muslimah. Pertama sekali, dimaklumkan Sue bukanlah seorang Ustazah yang layak menjawab tentang hukum-hakam maka jawapan Sue akan berdasarkan pendapat dan ilmu Sue yang cukup terhad yang telah Sue pelajari sebelum ini :) Ya ia sememangnya rumit dan leceh untuk membasuh solekan kita apabila hendak menyempurnakan wudhu' tetapi selalunya Sue mengamalkan penyempurnaan wudhu' sebagai perkara pertama yang akan dilakukan sebelum mengenakan solekan, dan pastinya berharap yang ia tidak akan terbatal atas sebab-sebab tertentu Sue pasti anda faham apa yang Sue maksudkan :p Berkenaan menyapu kaki sambil memakai stokin pada permaidani atau lantai sebagai contoh, Sue pernah mempelajari sewaktu kuliah Usul Fiqh yang ia merupakan sebuah Hadith. Ia berdasarkan amalan Nabi Muhammad SAW dan masyarakat pada waktunya di mana mereka selalu menyapu kasut but mereka sebagai ganti membasuh kaki mereka setiap kali menyempurnakan wudhu'. Namun Ustazah memberitahu, pada pendapatnya, sewaktu zaman Rasulullah SAW, but dipakai untuk perjalanan yang panjang terutama di medan perang (kadangkala mereka berhadapan dengan cuaca sejuk yang melampau) dan but itu dipercayai diikat tinggi, menjadikan ia sukar untuk ditanggalkan setiap kali mereka mahu menyempurnakan wudhu'. Walaupun ada di kalangan kawan-kawan Sue yang berbangsa Palestin atau Arab menyatakan yang mereka melakukan amalan yang sama, tetapi ini mungkin kerana berdasarkan mazhab mereka ia dibernarkan. Walaubagaimanapun Ustazah Sue memberitahu, memandangkan Malaysia bukanlah negara yang mengalami peperangan (Nauzubillahi min zalik) juga tidak mengalami cuaca sejuk yang melampau, maka hadith tersebut tidak afdhal untuk diaplikasikan di sini. Mungkin di UK situasinya berbeza dan mungkin dapat diaplikasikan. Namun harus diingatkan yang menanggalkan stokin tidaklah serumit dan sesukar menanggalkan but. Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa solekan bukanlah merupakan satu keperluan sepeti kasut, jadi secara peribadi Sue berasa kita tidak dapat mengaplikasikan Hadith di atas dengan situasi kita. Namun, Sue tidak ketinggalan bersolat menggunakan wudhu' yang telah diambil sebelum ini jika Sue yakin yang wudhu' Sue masih sah. Ini berdasarkan amalan Istishab atau presumption of continuity, iaitu kita percaya kesinambungannya masih wujud. Jika kita mempunyai keyakinan yang teguh bahawa wudhu' kita masih sah jadi kita tidak perlu memperbaharui wudhu' kita. Jika sebaliknya, Sue akan memperbaharui wudhu'. Maka solekan mestilah dicuci, dan bila Sue mengenakan solekan kembali solekan selalunya yang lebih ringkas. Jadi selalunya, solekan Sue yang benar-benar cantik akan cuma bertahan sehingga tengahari, dan selepas itu Suraya yang lebih ringkas dan tidak begitu menarik akan muncul :p Namun, Sue tidak selalu mengenakan solekan yang benar-benar teliti atau cantik jika Sue tahu Sue akan menjalani hari yang panjang di luar, tetapi akan mengenakan solekan yang lebih teliti jika Sue akan menghadiri majlis atau upacara yang istimewa, temujanji yang penting dan pastinya apabila Sue sedang uzur (tetapi sayangnya pada waktu inilah segala jerawat yang tidak diundang akan muncul). Sememangnya, teman-teman sekuliah mereka sudah pernah melihat hari-hari Suraya tanpa solekan dan juga hari-hari Sue mengenakan solekan dengan bersungguh-sungguh. :p Tetapi sebagai manusia biasa, Sue akui yang Sue kadangkala tertinggal solat terutamanya sekali apabila di pusat membeli-belah dan Sue berasa solekan Sue pada waktu itu terlalu cantik, Sue berasa sayang untuk mencucinya tetapi INI BUKANLAH UNTUK DICONTOHI TETAPI UNTUK DIELAKKAN. Sue cuma tidak mahu dianggap sebagai hipokrit dan kemudian menanggung dosa kerana berbohong di sini. Namun, Sue selalu berkata kepada diri sendiri, siapa yang peduli jika kita kelihatan menawan di dunia ini tetapi kelihatan hodoh di neraka Jahannam bukan? Ini merupakan peringatan kepada diri Sue sendiri juga. Tetapi lama-kelamaan anda akan berasa lebih selesa dan tidak menganggap ia sebagai leceh untuk membasuh solekan dan mengenakan solekan yang lebih ringkas tetapi masih cantik setelah selesai bersolat. Contohnya untuk menjimatkan masa, Sue selalunya akan bersolat Zohor agak lewat dan kemudian menunggu waktu solat Asar dan setelah itu barulah mengenakan solekan yang ringkas namun masih sedap mata memandang tetapi selalunya Sue sudah menjadi terlalu malas untuk mengenakan solekan dengan baik pada waktu itu :p Berkenaan maskara, cuba elak daripada menggunakan maskara kalis air pada waktu siang, tetapi lebih elok jika digunakan pada waktu malam. Selalu bawa bersama di dalam beg anda facial atau baby wipes yang boleh dibeli di mana-mana farmasi untuk mencuci solekan anda (tidak perlu membawa krim pencuci wajah atau cecair pencuci solekan, atau tidak anda akan mengalami risiko cecair tersebut meleleh atau tumpah di dalam bag anda, sesuatu yang sangat tidak kita ingini). Ia akan mengambil anda cuma masa yang singkat untuk mencuci solekan dan sejurus selepas itu wajah akan terasa lebih bersih dan segar. Selepas itu, bolehlah anda menyempurnakan wudhu'. Sue harap ini dapat menjawab soalan Shasa. Sebagai nasihat untuk diri Sue juga, jangan jadikan solekan sebagai halangan untuk anda menunaikan kewajipan anda sebagai seorang Muslimah iaitu mendirikan solat, kerana walabagaimana cantik sekali pun diri kita di dunia ini, ia tiada tolok bandingnya dengan kecantikan di akhirat sana. Wallahualam bil sawab. ps* Sue rasa seronok sangat lepas menjawab soalan ini, Terima kasih banyak untuk soalan yang bernas ini! Jaga diri, Assalamualaikum WBT.
|
||
|
Nama: Fairuz (Yui) Lokasi: Perak Darul Ridzuan, Malaysia Masalah: Fungsi & cara yang betul menggunakan setiap item dalam set penjagaan kulit wajah. Salam, Yui di sini. Yui hendak bertanya, baru-baru ini Yui baru hendak berjinak-jinak menggunakan set produk penjagaan muka. Yui beli produk rangkaian Safi Rania. Remeh juga sebab semuanya ada 7 item. Yui hendak tahu apakah fungsi penggunaan secara betul setiap satu krim itu dan juga mengapa kita perlu urut secara membulat. Juga kenapa kita mesti mengelak menggunakan krim-krim lain di bahagian mata kecuali krim kontur mata. Item-item tersebut adalah seperti di bawah:
1. Krim Pencuci Wajah Terima kasih banyak sebab mengadakan ruangan ini, senang nak bertanya :) Wassalam Assalamualaikum wbt Yui, Terima kasih untuk soalan Yui. Sue sebenarnya sangat berbesar hati dapat berkongsi sedikit ilmu ini dengan viewers laman web Sue ni, sambil itu dapat Sue belajar perkara yang belum Sue tahu juga :) Tahniah kerana Yui menitikberatkan penjagaan kulit wajah kerana tanpa kulit yang bersih dan sihat solekan tidak akan kelihatan cantik. Bak motto jenama alat solek terkenal Shu Uemura, “Beautiful Make-up Starts with Beautiful Skin.” Lebih bagus jikalau membeli produk penjagaan kulit daripada jenama yang sama supaya setiap produk dapat memberi tindakbalas yang optimum, tambahan jikalau membeli 1 set maka selalunya harga akan menjadi lebih murah. Berkenaan produk Safi Rania Sue tidak begitu pasti tentang penggunaannya kerana Sue tidak pernah mencubanya. Mungkin bergantung kepada sesuatu jenama tersebut untuk mempunyai bilangan tertentu bagi jenis barangan dalam rangkaian set penjagaannya untuk memberikan kesan yang optimum jika digunakan secara konsisten. Ingat, penggunaan konsisten diperlukan untuk memberikan kesan yang baik tidak kira samada jenama itu mahal atau murah. Yang penting bersabar kerana produk yang baik dan tidak membahayakan kulit dengan membawa kesan sampingan bertindak secara perlahan dan bukan secara mendadak. Untuk pengetahuan Yui, krim perlu diurut secara membulat supaya ia dapat disapukan ke seluruh permukaan kulit, meresap ke dalam kulit dengan baik dan mengikut peredaran darah. Di samping itu, perlu juga diketahui cuma krim yang dikhususkan untuk bahagian mata boleh digunakan pada kulit bagagian mata. Ini kerana kulit di bahagian mata ialah kulit yang paling nipis pada tubuh kita, maka ia paling sensitif pada setiap bahan kimia yang dikenakan. Krim untuk bahagian kulit yang lain mungkin akan memberi kesan yang memudaratkan jika dikenakan pada bahagian kulit mata. Sekarang Sue mulakan dengan penggunaan setiap jenis produk yang Yui nyatakan:
Krim Pencuci Wajah Krim atau jel pencuci wajah wajib digunakan untuk membersihkan wajah terutama liang roma yang tersumbat oleh habuk dan kotoran. Ada sesetengah wanita yang Sue kenali mempunyai sikap malas untuk mencuci wajah mereka setiap hari, tetapi mempunyai keinginan untuk wajah yang cantik dan awet muda, tentulah mustahil jawapannya. Seeloknya sebelum mencuci wajah, basuhkan muka dengan air yang sederhana panas agar liang roma terbuka. Kemudian cuci wajah dengan krim pencuci. Sesudah it, seeloknya basuh wajah dengan air sejuk agar liang roma mengecil. Cuci muka dengan krim pencuci wajah 2x sehari pada waktu pagi apabila memulakan hari anda dan malam sebelum tidur. Walaupun Sue sendiri kadang-kadang sangat malas akibat keletihan untuk mencuci wajah sebelum tidur, tetapi sebaiknya jangan diabaikan.
Scrub (Penyental) Wajah Scrub wajah bagus kerana ia menyental kekotoran dan menanggalkan kulit mati yang tidak bermaya pada wajah kita. Dengan menggunakan scrub juga, kita akan terasa kulit kita lebih segar dan bersih. Lakukan dua atau tiga minggu sekali sudah memadai bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kulit wajah. Bagi mereka yang bermasalah, lakukan seminggu sekali. Ingat, jangan sesekali menyental secara kerap kerana ia akan membahayakan kulit wajah seperti mengakibatkan kesan kering dan meradang.
Toner Walaupun secara peribadi Sue tidak pernah menggunakan toner, tetapi Ummi dan adik Sue memang mengamalkan penggunaan toner. Toner dipercayai lebih membersihkan wajah. Sebenarnya toner lebih menghaluskan kulit selain mampu untuk mengecilkan liang roma, Sememangnya pakar kecantikan menyarankan 3 jenis produk yang wajib digunakan untuk wajah iaitu pencuci, toner dan pelembap wajah. Toner digunakan dengan membubuh sedikit toner pada pad kapas, sapukan ke seluruh wajah selepas mencuci wajah dan setelah dikeringkan.
Serum Penegang Wajah Bagi Sue apa-apa yang menegangkan kulit wajah seelok-eloknya digunakan oleh mereka yang lebih berumur apabila tanda-tanda penuaan sudah kelihatan. Walaubagaimanapun jika ia sesuai digunakan oleh gadis muda untuk melambatkan penuaan (semua orang pasti akan tua cuma kita boleh berusaha melambatkan prosesnya) jadi tidak salah untuk kita mencubanya. Ia selalunya akan menjadikan kulit lebih tegang remaja, juga mencegah pembentukan pigmentasi atau bintik-bintik hitam yang semakin cenderung untuk muncul apabila seseorang itu semakin berusia. Tetapi Sue tidak pasti bilakah waktu yang sesuai atau cara yang paling tepat untuk menggunakannya, maka Sue sarankan agar Yui bertanya sendiri kepada penjualnya.
Krim Kontur Mata Krim mata memang wajib digunakan bagi mendapatkan kulit mata yang cantik. Gunakan secara membulat dari bahagian atas mata diurut ke bawah ke bahagian dalam kulit mata supaya kulit sentiasa tegang dan cantik. Gunakan pada waktu pagi baik sebelum bersolek atau pun tidak bersolek dan malam sebelum tidur.
Krim Pelembap Siang Krim pelembap perlu digunakan sebelum mengenakan solekan supaya solekan tidak kelihatan kering dan bercapuk-capuk. Jika malas bersolek sekalipun, gunakan ia supaya wajah kekal lembap dan kelihatan bermaya. Ia juga menjadikan kulit kita berasa segar dan lembut. Ada jurusolek yang menyarankan krim tabir suria (sunblock cream) wajib digunakan memandangkan cuaca di Malaysia yang panas mendedahkan kita kepada bahaya sinar UV. Walaubagaimanapun, memadai bagi Sue untuk mengenakan krim pelembap yang mempunyai perlindungan daripada sinar UV. Tetapi jangan abaikan penggunaan sunblock cream jika anda bersukan seperti berenang atau berolahraga supaya kulit tidak terbakar atau meradang akibat terik matahari!
Krim Pelembap Malam Krim pelembap malam sama fungsinya dengan krim pelembap siang namun mungkin elemennya berbeza kerana pada waktu malam kita tidak terdedah kepada cahaya matahari. Mungkin juga ia disesuaikan untuk suhu yang berbeza seperti suhu penghawa dingin yang sejuk dan kering. Gunakan sebelum tidur.
Sue harap jawapan Sue kali ini dapat memudahkan Yui! Juga perlu diamalkan, jangan hanya menggunakan krim wajah pada bahagian wajah semata-mata, tetapi juga gunakan pada leher dan bawah dagu. Kita pasti tidak mahu wajah sahaja kelihatan cantik dan awet muda tetapi leher kelihatan tua dan tidak bermaya, kerana bahagian mata dan leher paling cenderung kelihatan tua. Selamat mencuba dan beristiqamahlah menggunakan sebarang produk tanpa cenderung menukar-nukar jenama produk. Jika Yui telah menemui jenama yang terbaik untuk diri Yui, kekal setia dengan jenama tersebut supaya kesan yang baik akan lebih kelihatan dari masa ke semasa. J
|
||
|
Nama: Farah Hazwani Lokasi: Sungai Buloh, Selangor, Malaysia Masalah: Wajah cepat berpeluh mengakibatkan solekan bertompok-tompok dan tidak tahan lama. Saya ingin bertanya, saya menggunakan bedak asas Loreal True Match tetapi tidak tahan lama. Pada waktu pagi ia masih kelihatan OK tetapi apabila tengahari solekan sudah tidak kelihatan lagi. Muka saya cepat berpeluh, selalunya peluh di bahagian bawah mata dan sekitar mulut. Bedak asas akan kelihatan bertompok-tompok apabila berpeluh. Apakah cara untuk menjadikan solekan tahan lama dan bedak asas jenis apa yang sesuai untuk kulit saya? Kulit saya normal cuma kulit kusam dan gelap di bawah mata. Tolong bantu saya…. Assalamualaikum w.b.t Wani, Terima kasih untuk soalan Wani. Sebenarnya masalah wajah cepat berpeluh dan solekan tidak tahan lama bukanlah suatu masalah yang menghairankan bagi wanita yang tinggal di Asia. Sememangnya iklim Khatulistiwa yang sangat panas dan lembap menyebabkan kulit kita cepat berpeluh. Tambahan pula ekoran fenomena pemanasan global menjadikan cuaca semakin panas dan kulit kita akan cenderung berasa melekit dan tidak selesa kerana berpeluh. Oleh itu, Wani hendaklah sentiasa ingat bahawa mustahil untuk solekan menjadi tahan lama sehingga ke penghujung hari tidak kira apa jua jenama bedak asas yang kita gunakan. Kita sememangnya perlu sentiasa touch up solekan dari masa ke semasa. Bawa sentiasa tisu dan kertas penyerap minyak atau oil blotters ke mana-mana dan gunakan supaya wajah kelihatan tidak berminyak dan melekit. Gunakannya sebelum kita touch up solekan pada wajah kita. Kita tidak dapat mengelak untuk touch up bedak asas pada wajah setiap kali solekan mula kelihatan luntur pada wajah. Sue juga mencadangkan agar membawa semburan pelembap wajah atau face moisturizer spray yang terdapat di pelbagai kaunter kecantikan juga farmasi. Jenama yang Sue gemari ialah Evian Facial Spray. Ianya murah dan boleh didapati di farmasi seperti Guardian dan Caring Pharmacy. Sue juga menggemari jenama Crabtree & Evelyn dan L'Occitane, walaupun harganya agak mahal, tetapi ia terdiri daripada pelbagai haruman yang berkualiti. Semburan ini akan melembapkan wajah dan menjadikan bedak asas lebih sekata dan solekan kelihatan seperti asal. Selain itu ia juga menyegarkan wajah yang keletihan. Semburan ini juga mudah dibawa ke mana-mana kerana ia selalunya disimpan dalam tin-tin semburan atau botol-botol yang kecil. Anda juga boleh cuba mendapatkan semburan Fix+ ( Fix Plus) dari M.A.C. Semburan ini digunakan oleh jurusolek professional sebelum mengaplikasikan solekan pada wajah, juga setelah solekan disiapkan untuk menjadikan solekan tahan lama. Tetapi bagi anda yang tidak melakukan solekan tebal untuk sebab-sebab tertentu seperti fotografi atau andaman, tidak perlulah berbelanja lebih untuk semburan ini kerana ianya agak mahal. Memadai jikalau menggunakan blotters dan semburan pelembap yang agak berpatutan harganya seperti yang Sue sebutkan di atas. Berkenaan kulit bawah mata yang gelap dan kusam, sila baca tips untuk lingkaran gelap bawah mata dalam tips solekan yang Sue berikan sebelum ini. Diharap tips ini dapat membantu Wani. Jangan menjadi malas untuk touch up! :)
|
||
|
Nama: Wasima Masalah: Punca-punca kantung mata (eyebags) dan cara-cara mencegahnya. Hi! Boleh saya
mengetahui punca-punca kepada terjadinya kantung mata? :) Bolehkah kakak
memberikan saya cadangan-cadangan supaya ia dapat dicegah. Terima kasih. Saya akan menanti cadangan-cadangan kakak! Hi Wasima! Kak Sue rasa sungguh gembira untuk menerima soalan daripada seseorang di Filipina :) Semestinya boleh, anda boleh bertanyakan apa saja tentang kecantikan kepada Kak Sue dan Kak Sue akan mencuba yang terbaik untuk menjawab. Berkenaan soalan tentang lingkaran gelap bawah mata, sila rujuk kepada tips solekan yang Kak Sue berikan sebelum ini di bawah. Berkenaan masalah kantung mata, ya Kak Sue sedar yang ia menjadi masalah yang sinonim tidak kira di kalangan lelaki mahupun wanita, tetapi ia pasti lebih merunsingkan kepada wanita kerana jika ia berlaku ia akan menjadikan penampilan kita kelihatan kusam dan sangat tidak bermaya, dan ia pasti mencacatkan penampilan. Alhamdulillah Kak Sue tidak terlalu cenderung berhadapan dengan masalah ini, namun itu tidak bermaksud Kak Sue boleh mengambil tidak endah kerana ia mungkin berlaku kepada Kak Sue juga. Mengatasinya sebenarnya amatlah sukar, jadi seelok-eloknya kita cuba mencegahnya. Ramai orang mengatakan kantung mata berpunca daripada kekurangan tidur, terutamanya tidur selama 8 jam, namun memandangkan kita mempunyai jadual yang padat ia pasti sukar untuk kita tidur dengan secukupnya setiap malam. Sebenarnya banyak lagi punca-punca kepada terjadinya kantung mata tetapi akan Sue jelaskan sebentar lagi. Kantung mata, garisan halus dan bawah mata kelihatan mencengkung merupakan tanda-tanda penuaan yang lazim. Namun, apabila ia terjadi ke atas orang muda, terutamanya seseorang yang selalu memaksa untuk melihat dengan memberi tekanan kepada myopia, ini mungkin kerana terlalu banyak aktiviti yang dilakukan oleh otot-oto mata atau dikenali sebagai orbicularis hypertrophy. Kantung mata sebegini selalunya terbentuk dengan jelas dan akan kelihatan lebih jelas jika seseorang itu memaksa penglihatan atau squint. Kantung mata terletak paling dekat dengan kelopak mata. Kantung mata akan bereaksi dengan baik terhadap Botox, di mana ia memberikan kesan tambahan untuk memberikan bukaan mata yang lebih besar! Walaubagaimanapun, secara peribadi Kak Sue tidak akan berani mencuba untuk mencuba kaedah ini, memandangkan ia haram seperti yang telah dinyatakan dalamFatwa terkini, tetapi mungkin bagi mereka yang menghadapi masalah yang kronik sehingga menjadikan penampilan mereka terlalu hodoh sehingga menjadikan mereka malu untuk berhadapan dengan masyarakat, maka hukumnya akan menjadi harus. Tetapi janganlah pula menggunakannya secara berlebih-lebihan, jika tidak kesan sampingannnya akan membahayakan diri anda. Kantung mata juga boleh disebabkan lebihan tisu lemak pada permukaan di bawah mata. Terdapat 3 lapisan lemak yang ketara, terbentang dalam garisan lurus di bawah mata. Lapisan-lapisan ini membonjol di bawah otot-otot mata, menyebabkan benjolan yang ketara di kawasan bawah mata. Pada lapisan-lapisan lemak ini, terdapat komponen genetik yang luas yang tidak mungkin dapat dikurangkan walaupun dengan berdiet atau bersenam, bermaksud jika anda berdiet semata-mata untuk mengurangkan lemak bawah mata ia tidak akan membantu. Secara tradisional, pembedahan perlu dilakukan untuk mengalihkan lebihan lemak ini. Dengan pengalaman yang luas dalam Mesotherapy, sesetengah doktor menyuntik 'cocktail' penyusut lemak secara terus ke dalam lapisan lemak, maka ia akan mengurangkan keperluan untuk menjalani pembedahan. Sebanyak 3 sesi suntikan akan memberikan hasil yang terbaik. Seterusnya, apabila seseorang meningkat dewasa, kualiti aliran limfatik pasa wajah menurun. Akibat terhentinya pergerakan ini, cecair dan toksin akan berkumpul dan menyebabkan kantung mata yang kembung. Saiznya berubah-ubah dari hari ke hari juga berbeza bergantung pada waktu untuk hari itu. Memandangkan situasinya bertambah buruk waktu demi waktu, pengumpulan cecair berlebihan menegangkan kulit yang kawasan mata yang halus dan sensitif. Selain pembedahan kelopak mata untuk mengalihkan lebihan kulit, terdapat beberapa rawatan yang berkesan sehingga kini. Terdapat pelbagai produk kosmetik yang tampil dengan rangkaian anti-penuaannya, namun memandangkan Kak Sue masih muda jadi Kak Sue tidak begitu pasti samada ia benar-benar berkesan atau pun tidak! :p Walaubagaimanapun ibu Kak Sue menggunakan rangkaian produk SK II & Christian Dior dan dia sangat berpuashati dengan hasilnya. Kesimpulannya kita dapat lihat di sini, masalah seperti kantung mata hanya boleh diatasi secara berkekalan dengan melakukan pembedahan dan tiada yang banyak boleh dibantu dengan menggunakan solekan. Walabagaimanapun, Kak Sue rasa kita perlu mencuba sebegini jauh sehingga mengambil risiko untuk menjalani pembedahan, tetapi bagi mencegah pembentukan kantung mata kita mestilah sentiasa menggunakan krim mata yang sesuai dengan diri kita, seperti yang pernah Kak Sue jelaskan sebelum ini pergilah ke farmasi berhampiran anda dan minta nasihat ahli farmasi di situ. Selain itu, cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan tidur yang secukupnya dan cuba untuk tidak menangis dengan terlalu banyak kerana ia akan memberi kesan buruk kepada kawasan mata anda! Jadi lain kali jika anda berhadapan dengan apa saja isu, melainkan kematian atau sesuatu yang benar-benar serius cuba sebaik mungkin untuk tidak menitiskan airmata, contohnya apabila teman lelaki anda melakukan perkara yang bodoh/sengal dan anda berasa seperti hendak menangis dan berteriak sepanjang malam, selalulah beringat "Hey aku tidak mahu kelihatan hodoh keesokan harinya!" dan harap-harap ia akan mencegah diri anda daripada diserang kantung mata. :p Diharap tips Kak Sue pada kali ini dapat membantu Wasima juga anda yang lain! :) Selain itu kepada Wasima, tolong kirim salam Kak Sue kepada makcik Wasima ok! Maraming salamat ho! :)
|
||
|
Nama: Shiema Masalah: Mencari bulu mata palsu yang sesuai dan cara penggunaan yang betul juga tona sesuai bagi pemerah pipi. Sue.. 1) Saya sangat
berminat untuk mengenakan bulu mata palsu, masalahnya saya menghadapi
masalah setiap kali ingin menggunakannya. Samada ia terlalu panjang atau ia
mata saya kelihatan kekok apabila mengenakannya. Hi Shiema terima kasih untuk soalan-soalan anda =) 1) Ya Sue juga amat menyukai penggunaan bulu mata palsu terutamanya untuk digunakan kepada pelanggan dan model-model Sue. Secara peribadi Sue berasa sedikit sukar apabila Sue mengenakan kepada diri sendiri (mungkin ia lebih mudah bila orang lain mengenakannya untuk kita) dan Sue juga berpuashati dengan bulu mata semulajadi Sue, tetapi Sue tidak nafikan apabila Sue mengenakan bulu mata palsu sekali-sekala Sue pasti akan berasa lebih cantik :p Ia sememangnya dapat memberi kita wajah yang berbeza, lebih glamor dan dramatik dan itu dapat memberi pengaruh kepada mood kita juga. Artis-artis tempatan yang Sue perasan selalu mengenakan bulu mata palsu dalam apa jua penampilan tidak kira untuk media cetak atau elektronik ialah Nora Danish, Rozita Che Wan, Waheeda dan Eja. Kadangkala Sue terfikir agaknya bagaimanalah rupa mereka tanpa bulu mata palsu! :p Datin Seri Siti Nurhaliza juga sering kelihatan mengenakan bulu mata palsu untuk bahagian atas dan bawah di dalam kebanyakan video klip lagu-lagunya (teknik ini mula dipraktikkan oleh model-model jenama Guess? di dalam kempen-kempen iklan mereka). Sesungguhnya penggunaan bulu mata palsu benar-benar mengubah wajah anda daripada kelihatan biasa-biasa sahaja atau agak membosankan kepada wajah yang lebih memukau. Dewasa kini juga telah wujud teknologi terbaru iaitu dengan 'menanam' bulu mata palsu bersama bulu mata asal kita atau lebih dikenali sebagai Eyelash Extension. Bagaimanapun Sue pernah bertemu dengan beberapa orang yang menggunakan teknik ini, sebenarnya teknik ini memberi kesan sampingan yang menyakitkan juga bulu mata itu kelihatan terlalu palsu pada pandangan Sue seperti terlalu keras dan terlalu hitam. Selain itu hendaklah diingat, menanam bulu mata palsu hukumnya Haram, jadi kepada anda yang beragama Islam ingin Sue nasihatkan hendaknya janganlah mencuba teknik ini kerana ia seolah-olah anda hendak merubah pemberian Allah yang sememangnya indah kepada kita. Cukuplah sekadar memperindahkan pemberianNya, tetapi janganlah sesekali kita cuba mengubahnya secara berkekalan. Berbalik semula kepada penggunaan bulu mata palsu, masalahnya ialah apabila ia memberi kita rupa yang keterlaluan. Daripada sepatutnya memberikan anda wajah yang lebih cantik, sebaliknya ia menakutkan orang apabila melihat anda! Inilah sebabnya mengapa kita perlu mengelakkan daripada memilih bulu mata palsu yang terlalu panjang atau terlalu glamor atau Sue menggelarkannya bulu mata 'Kipas'. Ia tidak menjadi masalah kalau kita mahu menggunakannya untuk fotografi fesyen atau pertunjukan fesyen, tetapi ia tidak sepatutnya digunakan untuk penggunaan normal. Sue sering menasihatkan untuk mencari bulu mata yang penuh tetapi tetap kelihatan semulajadi bulunya. Miliki bulu mata palsu yang mempunyai potongan zig-zag (di mana bulu-bulunya menindih satu sama lain di dalam bentuk zig-zag). Bagi Sue bulu mata palsu yang paling cantik ialah bulu mata palsu yang membuat orang lain memuji kecantikan mata anda tanpa perasan langsung yang anda sebenarnya mengenakan bulu mata palsu! (melainkan jika orang itu merupakan seorang jurusolek maka dia pasti akan mengenalpastinya secara terus jika tidak orang itu bukan merupakan seorang jurusolek yang bagus! :p) Bulu mata palsu yang paling popular semestinya terdiri dari rangkaian Tokyo Lash Bar daripada Shu Uemura. Datin Seri Siti Nurhaliza telah menggunakan sepasang bulu mata palsu berpotongan zig-zag sewaktu majlis perkahwinannya yang cukup indah di KLCC. Pada tahun 2006, ia berharga RM55 sepasang. Harga sepasang mungkin agak mahal tetapi percayalah apabila anda menggunakan bulu mata palsu dari Shu Uemura anda pasti akan merasa kelainannya berbanding menggunakan bulu mata palsu yang lebih murah. Anda tidak perlu memotong sedikit bulu mata palsunya untuk menyesuaikan dengan mata anda, cara melekatkannya juga teramatlah mudah dan tidak comot. Bagaimanapun anda boleh mencari bulu mata palsu yang lebih murah seperti yang terdapat di SaSa, Sinma atau banyak lagi kedai-kedai kecantikan yang dimiliki peniaga-peniaga Cina di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang. Tetapi sebelum membeli, anda perlu menganalisa setiap pasang yang anda minati dan pilih yang paling cantik di mata anda. Tidak dapat dinafikan anda akan mengalami beberapa kesilapan di dalam memilih sehingga anda bertemu dengan pasangan bulu mata palsu yang paling sesuai dengan diri anda. Sekarang mari kita beralih kepada cara-cara mengenakan bulu mata palsu. Pertama sekali anda perlu memotong sebahagian kecil bulu mata palsu anda pada setiap hujungnya. Ini perlu dilakukan supaya ia dapat dikenakan dengan sedang elok di atas kulit anda yang paling hampir dengan bulu mata semulajadi anda. Sue mengesyorkan anda untuk membeli gam Duo untuk bulu mata palsu yang anda boleh dapatkan dari M.A.C dengan harga RM30. Memandangkan kandungannya sebanyak 14 gram agak banyak jadi janganlah terlalu gusar untuk membelinya. Ini merupakan jenama yang digunakan oleh jurusolek profesional, dan ia juga tidak dipamerkan pada rak-rak pameran produk maka anda haruslah memintanya dari penasihat-penasihat kecantikan M.A.C untuk membelinya. Setelah mendapatkan gam yang berkualiti, gunakan jumlah yang sedikit ke atas bulu mata palsu, dan tunggu selama lebih kurang 5 saat sambil anda meniup secara lembut ke atas gam supaya gamnya menjadi tidak meleleh dan menjadi terlalu melekit. Kemudian lekatkan secara perlahan-lahan ke atas kulit yang paling hampir dengan bulu palsu semulajadi anda dan tekankan ia sedikit demi sedikit (seperti anda ingin memicit tepung pada kelim karipap) sehinggalah ia melekat dengan kuat pada bulu mata semulajadi anda. Pastikan agar tidak ada jurang di antara bulu mata palsu dan bulu mata semulajadi agar ia memberi kesan yang semulajadi. Akhir sekali gunakan pelentik bulu mata dan lentikkan bulu mata palsu selama 10 kiraan. Anda pasti akan mendapati rupa anda hebat menggayakan bulu mata palsu ;) * Untuk tujuan kebersihan, gunakan sepasang bulu mata palsu hanya sehingga maksimum 3x sahaja dan kemudan buankan ia supaya bakteria tidak akan memberi kesan buruk kepada kesihatan mata anda. 2) Pertama sekali untuk mencari tona pemerah pipi yang sesuai kita perlulah mencari tona yang sesuai dengan tona kulit wajah kita. Bagi mereka yang berkulit cerah, mereka lebih beruntung kerana dapat mengenakan hampir kesemua warna terutama sekali warna lembut dan manis seperti merah jambu juga warna kuat seperti warna merah terang yang selalunya tidak dapat digayakan dengan elok oleh mereka yang lebih berkulit gelap. Tetapi janganlah berasa pelik jikalau anda melihat artis seperti Tyra Banks, Beyonce atau Rihanna yang dapat menghasilkan fotografi yang cantik dalam busana dan solekan berwarna manis, ini kerana dengan bantuan solekan fotografi yang berat dengan teknik-teknik khusus jurusolek profesional juga teknik pencahayaan yang hebat maka foto yang dihasilkan akan kelihatan sempurna. Maka bagi mereka yang berkulit lebih gelap atau sawo matang cuba elakkan warna yang lembut dan manis seperti merah jambu kerana ia akan kelihatan janggal, namun cuba biasakan diri menggunakan warna yang lebih bersifat tanah seperti coklat, jingga atau gangsa. Namun bagi tona sederhana seperti kulit wajah Melayu, Sue nasihatkan gunakan warna jingga atau peach seperti yang Sue sendiri gemari. Antara warna pemerah pipi yang Sue sukai untuk diri Sue sendiri ialah Apricot dari Maybelline, juga beberapa tona jingga dari M.A.C dan Christian Dior. Warna jingga sangat sesuai digunakan untuk kesan yang semulajadi dengan kulit Sue. Namun jikalau Sue mengenakan busana yang terdiri daripada warna-warna manis seperti biru lembut, merah jambu hijau epal atau ungu Sue akan mengenakan pemerah pipi berwarna merah jambu seperti Rose dari Maybelline. Bagaimanapun pemilihan warna yang sesuai tidak akan dapat dimanfaatkan dengan maksimum jikalau kita tidak memiliki berus pemerah pipi yang bagus. Dinasihatkan untuk tidak menggunakan berus pemerah pipi yang disediakan di dalam bekas pemerah pipi kerana bulunya tidak begitu tebal, maka kesan yang akan diberi kelihatan terlalu pekat dan tidak lembut. Belilah berus pemerah pipi yang besar dan lembut supaya pemerah pipi dapat dilayangkan secara lebih luas pada permukaan tulang pipi. Bukan sahaja berus pemerah pipi, tetapi berus-berus solekan seeloknya dimiliki kerana ia merupakan suatu pelaburan bagi menghasilkan solekan yang indah. Berus-berus solekan yang paling elok selalunya diperbuat daripada bulu ekor kuda dan boleh dibeli dengan pelbagai harga dari M.A.C, Bobbi Brown, Shu Uemura dan sebagainya. Walaupun harganya mahal, tetapi bak Sue katakan tadi anggaplah ia sebagai suatu pelaburan terutama bagi mereka yang menyimpan cita-cita menjadi jurusolek professional. Bagi anda yang baru ingin mencuba-cuba mengenali berus solekan dan mempunyai peruntukan yang tidak begitu tinggi, bolehlah membeli dari Elianto kerana harganya lebih berpatutan. Anda juga harus peka dengan bentuk wajah anda. Jika anda memiliki wajah yang berbentuk kurus dan panjang, pastikan anda melayangkan pemerah pipi secara melintang pada pipi anda. Manakala jika anda memiliki wajah yang lebih bulat atau bujur, pastikan anda melayangkan pemerah pipi secara menyerong ke atas agar memberi ilusi wajah yang kurang berisi. Selain itu, jadikanlah tabiat untuk tersenyum dan layangkan pemerah pipi pada apple of the cheeks terutama sekali apabila mengenakan warna yang manis dan lembut supaya memberi kesan yang lebih cantik, comel dan keanak-anakan seperti yang selalu kita lihat pada penyanyi Indonesia, Rossa. Sue juga ingin mengingatkan, walaupun terdapat pelbagai jenis pemerah pipi di pasaran, Sue tetap paling menggemari pemerah pipi daripada jenis bedak. Jenis krim atau cecair sememangnya memberikan kesan yang lebih ringan dan Sue kadangkala menggunakannya , tetapi ia perlu dielakkan bagi mereka yang cenderung mendapat jerawat. Elakkan juga pemerah pipi yang mempunyai kesan berkilau bagi mereka yang lebih berisi supaya ia tidak akan menonjolkan ketembaman anda. Sue harap tips Sue kali ini dapat menyelesaikan masalah Shiema juga pembaca-pembaca yang lain. Selamat mencuba! =)
|
||
|
Nama: Nurul Farah binti Mohd Elias Lokasi: Ampang, Selangor, Malaysia Masalah: Mata tidak bermaya, lingkaran gelap bawah mata dan masalah menyesuaikan warna gincu untuk bibir tebal.
Assalammualaikum w.b.t... Wa'alaikumussalam WBT Farah, 1) Lingkaran gelap di bawah mata sebenarnya sebenarnya tidak asing bagi kebanyakan orang. Terutamanya jika kita terdiri daripada golongan Asia yang lebih bermata galak seperti bangsa India dan juga sesetengah Melayu (perlu diketahui bangsa Cina yang lebih bermata sepet tidak cenderung mengalami masalah kantung mata (eye bags) atau lingkaran gelap di bawah mata. Tindakan pertama yang perlu Farah lakukan ialah dengan menggunakan krim mata yang menghilangkan lingkaran gelap ini secara perlahan-lahan. Krim mata memang patut digunakan sejak remaja (jangan tunggu sehingga terlalu lewat contohnya apabila sudah nampak tanda-tanda penuaan sekeliling mata, perlu diingat mata yang kelihatan segar akan 'mengekalkan' keremajaan seseorang itu). Sila pergi ke farmasi dan minta bantuan ahli farmasi untuk mendapatkan krim mata yang sesuai dengan Farah. Selain itu cuba dapatkan tidur yang cukup dan jangan abaikan untuk mencuci solekan sebelum tidur. Penggunaan concealer juga penting kerana ia dapat memberi solekan yang sempurna. Untuk penggunaan concealer yang nampak natural gunakan concealer cecair dan Sue syorkan Maybelline's Perfect Concealer yang berharga lebih kurang RM20. Bagi tona kulit Melayu yang sederhana gunakan kod 02 manakala bagi tona kulit yang lebih cerah seperti Cina gunakan kod 01. Sue sendiri menggunakannya untuk solekan ke kuliah atau ke mana-mana yang tidak memerlukan Sue mengenakan solekan yang lebih tebal. Kenakan concealer sebelum memakai bedak asas dan gunakan secara tipis menggunakan jari tengah atau jari manis supaya tidak banyak tekanan dikenakan pada bahagian kulit mata yang sensitif. Jikalau jenama di atas masih tidak mampu menyelesaikan masalah Farah, Sue syorkan untuk menggunakan concealer M.A.C yang harganya sedikit lebih mahal tetapi litupannya lebih baik. Walaubagaimanapun amalkan penggunaan krim mata sebelum mencuba pelbagai concealer kerana tidak guna untuk cuba meyembunyikan cela bersungguh-sungguh tanpa mencuba untuk memulihkan cela terlebih dahulu. Selain itu, tips bagi mendapatkan mata bercahaya Sue amalkan untuk meletakkan cecair pelembap mata seperti Eye Mo sebelum bersolek agar mata kelihatan lebih segar. Tidak lupa juga untuk mengamalkan petua orang-orang tua iaitu memakai celak sambil berselawat sebanyak 3x sebelum tidur supaya mata sentiasa bercahaya, insya Allah memang Sue yakin dengan amalan ini =) Bagi anda yang gemarkan memakan lobak merah, selalu-selalulah mengunyah lobak merah atau meminum jusnya kerana ia memberi betacarotene yang baik untuk memelihara mata. Bagi yang mempunyai peruntukan lebih bolehlah mencuba untuk meminum Brand's Inner Shine Berry Essence setiap malam sebelum tidur kerana pati ini baik untuk memelihara dan memberi kesegaran kepada mata agar kelihatan cantik dan bercahaya. 2) Tona gincu memang susah untuk ditetapkan kesesuaian dengan seseorang. Kita mesti mencuba banyak jenis gincu dan memilih yang paling sesuai dengan kita. Kalau cantik di mata itulah yang cantik buat kita. Ada sesetengah gincu cantik dipakai kawan kita tetapi kelihatan tidak kena bila dipakai sendiri. Warna merah memang cantik untuk dipakai sebagai gincu kerana ia merupakan tona gincu yang paling klasik. Tetapi kita perlu mencuba tona merah yang paling sesuai dengan kita. Tona merah juga sesuai dengan kebanyakan pakaian tetapi elakkan untuk memakai gincu merah apabila mengenakan busana yang kelihatan lebih manis warnanya seperti merah jambu, biru lembut, hijau epal, kerana kombinasinya akan kelihatan tidak begitu sesuai. Seeloknya untuk pakaian berwarna itu, kenakan gincu merah jambu lembut, coklat atau peach. Gincu merah juga elok disesuaikan dengan solekan mata yang sederhana dan tidak tebal, kerana gincu merah sudah memadai untuk menjadi focus point solekan kita. Bagi Farah yang berbibir tebal, cuba elakkan gincu atau pengilat bibir yang terlalu berkilau kerana ia akan menambahkan saiz bibir anda. Elakkan juga warna-warna yang terlalu terang. Gunakan warna yang lebih gelap bagi memberi ilusi yang lebih kecil untuk bibir anda. Warna-warna matte (tidak berkilau) juga cantik dan klasik, dan Sue selalunya meletakkan sedikit bedak ke atas gincu yang berkilau dan tekapkan dengan tisu supaya warnanya menjadi matte maka anda tidak perlu membazir wang dengan membeli gincu matte daripada warna yang sama! Tetapi mungkin juga bibir Farah yang tebal itu sebenarnya bukanlah kekurangan bagi diri anda, tetapi merupakan aset yang indah buat diri anda (cuba fikirkan Angelina Jolie yang bangga dengan bibir tebalnya yang seksi) maka jangan terlalu bimbang tetapi jangan lupa bentukkan bibir dengan pensel bibir agar bentuk lebih cantik. Selamat mencuba! =)
|
||
|
Nama: Nor Hazwani Lokasi: Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Masalah : Tips mendapatkan solekan siang yang kelihatan semulajadi. Assalammualaikum Kak Suraya.. 1) Saya nak tanya apa yang diperlukan untuk solekan siang selain dari bedak asas? Boleh terangkan dari mula dari pemakaian yang paling asas. 2) Saya sukakan solekan yg nampak semulajadi..So boleh tak beri tips berkenaan gincu, pemerah pipi & pembayang mata dari rangkaian Maybelline / Loreal..beserta code nya..supaya saya senang membeli.. Saya harap Kak Suraya boleh membantu..tolong bantu saya..insyaAllah kalau ada rezeki saya nak belajar secara lebih peribadi dengan Kak Suraya.. Terima kasih banyak... Wa'alaikumussalam WBT Hazwani, 1) Solekan siang sebenarnya bergantung kepada personaliti individu itu sendiri. Kalau orang itu suka berpenampilan ringkas, pemakaian pengilat bibir dan bedak asas sudah memadai. Tetapi kalau orang itu suka bersolek secara lengkap, dia boleh memakai bedak asas, pembayang mata, pemerah pipi, celak dan maskara. Untuk solekan yang sesuai ke kuliah contohnya memadai dengan memakai pelembap atau pengilat bibir agar solekan tidak kelihatan terlalu 'berat'. Memandangkan Malaysia sebuah negara yang beriklim Khatulistiwa jadi kita sering terdedah kepada terik matahari, jangan lupa mulakan solekan dengan pelembap atau krim sun block supaya kulit terpelihara dan solekan kelihatan lebih segar. 2) Solekan semulajadi selalunya berkaitan dengan warna-warna tanah atau pastel seperti coklat, jingga, peach, merah bata, juga hijau gelap yang lebih keperangan. Rangkaian Maybelline sebenarnya memang dikhususkan bagi gadis-gadis seperti pelajar yang baru ingin mencuba-cuba menggunakan alat solek jadi kebanyakan warna-warnanya tidaklah terlalu garang sehingga kita berasa risau untuk mencubanya terutama untuk ke kuliah. Harganya juga sangat berpatutan bagi pelajar. Loreal pula untuk wanita yang lebih dewasa dan mungkin telah berkerjaya dan rangkaiannya sesuai untuk ke pejabat dan ke majlis. Tentang produk Kak Sue tidak dapat jelaskan dengan terperinci, tetapi belilah produk yang bersesuaian dengan jenis kulit kita, juga khususkan untuk membeli daripada rangkaian warna yang Kak Sue nyatakan tadi. Jangan cepat terpengaruh untuk membeli setiap produk yang baru dilancarkan. Minta nasihat penasihat kecantikan di kaunter-kaunter jualan, beritahu mereka apa yang kita suka dan tidak suka tentang solekan kita. Diharap tips Kak Sue dapat membantu Wani =)
|
||